14 April 2014

Sebelum Aku Pergi.


aku tahu, ajal maut ditangan Allah,
aku sendiri tak pasti boleh ke tidak kita letak impian
yang konon kita nak capai sebelum kita mati.
ya lah, aku tak reti sangat bab ni. aku harap tak salah.
harini.
aku nak korang tahu apa yang aku impi.

dari kecik, pasti impian semua orang nak berjaya.
nak jadi apa yg dicita citakan.
cita cita aku dari kecik berubah ubah, dan sekarang,
 cita cita aku, nak jadi seorang programmer.

aku sangat beharap dapat capai cita cita tu.
supaya aku dapat tanggung mak abah
 yang dari kecik berusaha membahagiakan akuu.
dari apa yang aku nak, apa yang baik untuk aku,
semua mereka usahakan.
sebanyak mana duit yang aku perlu, mereka usaha sehabis boleh. 
kami bukan orang berada.tapi setakat ni, aku bahagia apa adanya.
aku nak tanggung adik adik . aku nak beri mereka sedikit keselesaan.
sebelum aku pergi tinggalkan dunia,
aku nak bawa
mak abah bersama tunaikan Haji.
aku tahuu, itu impian semua orang. tapi akuu,
aku nak sangat tengok mereka pergi tunaikan haji.
even bukan dengan aku sekali.
aku nak belikan mereka rumah.
even tak besar manaa. tapi aku nak mereka duduk dekat rumah
yang aku beli dari hasil kerja aku.
sebab aku tahuu, kalau aku ajak tinggal sekali dengan aku.
mak abah takkan nakk.

itu soal keluarga yang paling utama.

next, pasal teman hidup.
kalau lah tak ada orang lain yang dapat buka hati aku,
aku nak bahagia dengan kau yg sedang bertakhta di hati,
tapi kalau kau bukan jodoh aku, 
aku terima jodoh Allah.
biar siapa pun suami aku, 
aku harap dia dapat bimbing aku yg sangat lemah ni.
aku nak dia bimbing aku dari segi agama,dunia dan akhirat.
soal anak, impian akuu.
nak sepasang anak. dan kalau boleh, kembar.
tapi aku tahuu, itu hanya impian. ketentuan semuanya dari Allah.

buat kawan kawan,
sebelum aku pergi. aku nak jumpa dengan korang semuaa.
korang yg pernah buat aku ketawa bahagia,
 tak ada sorang pun kawan aku yang tak pernah buat aku ketawa.
kalau laah, aku yg pergi  dulu diantaraa kita semua,
aku harap kita jumpa di JANNAH.
aku teringin nak buat reunion,
masing masing bawak husband and anak.
woowww! thats gonna be the happiest day for me!

buat diri sendiri,
aku harap aku akan pergi dalam keadaan beriman atau syahid.
munkin dengan fizikal yang korang tengok, aku tak heran pasal itu.
tapi tidaakk, jauh disudut hati, aku takut nak hadap mati :'(
sebelum pergi,
aku nak habiskan pelajaran paling kurang pun tahap master.
 aku nak gapai cita-cita,ada kereta sendiri,
rumah sendiri, business sendiri.
dari situ, aku boleh bantu keluarga. 
even aku anak perempuan tunggal,
dan mak abah tak mengharap semua tu.
tapi aku mesti bahagiakan mereka.sebab aku anak sulung.
aku yg pertama akan bekerja sebelum adik adik.


entah kenapa bila berguling atas katil,
aku tefikir untuk tulis enty ni, munkin tajuknya menarik.
itu saja. 
selamat tinggal.








2 comments:

abdul hadi said...
This comment has been removed by the author.
aiman mania said...

WAHHH...PROGRAMMER TO BE..INSYA-ALLAH dengan usaha dan tawakkal semua jadi...yakin dengan Allah ^^